Saya belek-belek akhbar hari ini. Jelas sekali tertera berita kemalangan menyayat hati memenuhi ruang muka hadapan.
Akibat terlelap, 10 nyawa lenyap.
Rasanya tak perlu lagi saya ulas tentang kisahnya kerana saya kira semuanya sudah maklum dan kesedihan keluarga mangsa dikongsi bersama.
Akibat terlelap, 10 nyawa lenyap.
Rasanya tak perlu lagi saya ulas tentang kisahnya kerana saya kira semuanya sudah maklum dan kesedihan keluarga mangsa dikongsi bersama.
Hanya sekadar seorang pembaca, saya sudah dapat merasai kepedihannya, apatah lagi bagi mereka sendiri yang kehilangan ‘suara-suara’ yang selalu memeriahkan suasana. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Sekadar berkongsi pengalaman, seperti penuntut-penuntut lain yang merantau untuk menuntut ilmu, seringkali berulang alik menaiki bas untuk suatu tempoh yang panjang sememangnya suatu pengalaman yang menggusarkan. Untuk pulang ke rumah saya di Batu Pahat, perjalanan saya dari Kota Bharu memakan masa hampir 13 jam! Selama lebih kurang 5 tahun setengah melalui perjalanan yang sama, pelbagai pengalaman menakutkan saya rasai dan kebanyakannya disebabkan cara pemanduan pemandu bas yang kurang berhemah dan merisaukan.
Saya sepenuhnya bersetuju dengan saranan seorang penulis artikel yang disampaikan melalui Buletin Utama kelmarin, dimana beliau yang telah ‘muak’ dengan segala macam cadangan untuk meningkatkan keselamatan penumpang perkhidmatan bas express akhirnya menyeru bahawa sudah tiba masanya untuk penumpang sendiri yang berani menegur pemandu jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan gaya pemanduan sedemikian.
Benar. Menegur pemandu dalam keadaan bas yang sunyi hening memang payah. Takut disergah. Saya sendiri pernah suatu ketika tak mampu terlelap apabila bas yang saya naiki terhuyung-hayang ke kanan ke kiri. Saya perhatikan permukaan jalan, ia dapat dilihat dengan jelas melalui garisan putus-putus yang ada di jalan. Sekejap ke tengah, sekejap ke tepi. Dan, ada ketikanya saya dapat merasa apabila stering di sentap oleh pemandu untuk mengembalikannya pada kedudukan yang asal. Ketika itu, memang wujud perasaan untuk memberanikan diri menjenguk pemandu dan menegur sekadar yang patut. Itu pun saya tak mampu.
Yang pasti, KITA PERLU MENGUBAHNYA..
Itu belum lagi disentuh mengenai pemandu yang tidak berhenti untuk memberi ruang waktu bersolat terutamanya apabila masuk waktu Subuh. Bukan kita tak tahu, kebanyakan pemandu bas berbangsa melayu, beragama ISLAM. Akibatnya, bagi penumpang yang tinggi kesedaran bahawa kita berTUHAN serta tidak tahu tempoh yang Allah beri untuk meneruskan hidup, solat di tempat duduk menjadi penyelesaian. Namun, tak kurang yang masih BERSAHAJA. Sedangkan kita sekalipun tidak dapat menjangka apa yang sedang menanti di hadapan…
TEGURLAH..
Kita perlu mengubahnya..
Usrah Murabbi,
Teacher Azzati.
Usrah Murabbi,
Teacher Azzati.
Sememangnya kita perlu mengubah dan juga berubah. Tambahan daripada pengalaman kita sendiri yang juga acapkali menggunakan bas untuk merantau menuntut ilmu.Kita perlu BERUBAH untuk MENGUBAH. Berubah sikap diri daripada tidak suka menjaga 'tepi kain orang' kepada menjaga 'tepi kain orang'.Selama ini kita beranggapan bahawa pemandu bas tidak perlu ditegur kerana mereka sudahpun terlatih dalam memandu bas.Namun perlu diingat,mereka juga manusia yang kadang-kadang terleka.Sewaktu itulah perlu ditegur perbuatan mereka.Ingatlah jika mereka terleka walaupun hanya sesaat nyawa penumpang berada dalam bahaya.Sedikit perkongsian
ReplyDeleteberubah untuk mengubah..kak dayah setuju tu ust..ubah tahap keberanian untuk menjaga keselamatan..igtkan pemandu, bkn stakat nyawa, dosa penumpang yg tak solat pun ada saham untuk dia..
ReplyDelete