Hmm..saya tak tau macamana nak luahkan perasaan ni..kadang2 saya rasa macam nak mengalir air mata memikirkannya. Dan ada masanya air mata ni tumpah juga..
Minggu ni saya berhujung minggu bersama wardah sahaja. Akhi balik pada petang Jumaat berseorangan ke KL. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Saya memang bercadang nak tinggal saja di rumah memandangkan ia lebih baik untuk berjimat. Maklumlah hanya dua hari saja di sana.
Seperti kebiasaannya, kami di Kuching akan ber'usrah' setiap Sabtu malam di rumah Prof. Dr. Sulaiman atau Prof. Dr. Awang Iskandar. Jadi pada minggu ni saya dan wardah ke sana bersama Akhi Asrul dan Kak Dr. Syaqina..
Usrah baru saja selesai dan kami sedang menikmati juadah yang makcik hidangkan ketika akhi menghubungi saya. Dia meminta saya mengecam suara bayi yang ada bersama dengannya ketika itu. Dan saya tahu itu adalah suara comel Ammar Fahmi, anak abang saya. Subhanallah, rupanya dalam penat2 akhi berurusan di KL, akhi pulang juga ke rumah ibu ayah saya di Johor. Dia mengatakan ingin menjenguk ayah yang baru saja keluar wad disebabkan keracunan makanan. Saya sangat terkejut dan terharu. Dan saya tak tahu ini sudah keberapa kali saya berperasaan begitu..
Maha suci Allah yang telah menghadiahkan saya seorang suami yang begitu menghargai ibu ayah saya..sama seperti beliau menghargai umi dan abi nya..
Saya teringat pernah satu ketika, ibu saya diserang asthma dan terpaksa ditahan sementara di wad. Kami yang ketika itu sudahpun tinggal di Kuching dah tak keruan. Walaupun itu memang penyakit yang ibu hadapi sejak saya kecil, itu bukan perkara biasa bagi saya. Saya dapat rasakan kadang2 semput ibu datang sebab bercampur dengan rindu pada anak2. Rasa sedih dan waktu tu juga nak beli tiket flight nak balik Johor, kebetulan di hujung minggu. Dan ibu sangat gembira mendengar kami nak balik. Tapi akhi tak dapat pulang bersama saya kerana beliau telah dijadualkan utk memberi sedikit talk di suatu program yang telah dirancang awal2 lagi. Beliau meminta saya pulang dulu bersama Wardah, dan berjanji untuk pulang keesokan harinya setelah selesai slot ceramah beliau.
Sesampainya saya di airport Johor Bahru, saya maklumkan pada akhi. Ibu yang kebetulan sudah dibenarkan keluar dari wad nak ikut juga ayah ambil saya di airport. Akhi meminta untuk bercakap dengan ibu melalui telefon. Mungkin untuk bertanya khabar.
Saya lihat ibu beberapa kali ketawa ketika bercakap dengan akhi. Apa la agaknya lawak yang akhi buat. Saya pun tersenyum. Seronok saya lihat ibu sihat. Selesai bersembang dengan menantunya, ibu bercerita apa yang membuatkannya ketawa geli hati.
"Abang ngah tanya ibu, dah sampai ke dua2 ubat semput yang dia poskan dari Kuching.."
Rupanya saya dan Wardah la dua ubat semput itu..
Saya masih ingat gelaran itu dan sangat terkesan dengannya. Walaupun itu suatu lawak yang akhi buat, tapi ia sentiasa berjaya membuatkan air mata saya mengalir setiap kali terkenangkannya..dan mungkin akhi sendiri tak tahu yang kata2nya begitu meninggalkan kesan di hati isteri kesayangannya hingga sekarang dan insyaAllah sampai bila2..
Akhi suami yang baik, sangat baik untuk saya..saya tak tahu apa lagi balasan yang boleh saya beri melainkan dengan menjadi isteri yang solehah untuknya dan ibu terbaik buat anak2nya..
Terima kasih abang, kerana hadir dalam hidup ti..
Terima kasih ummi dan abi, kerana melahirkan dan menghadiahkan Abang ngah untuk ti..
Terima ibu ayah, kerana menjodohkan kakak dengan lelaki sebaik dan sehebat Abang ngah.
Dan Maha Suci Allah, kerana menghadiahkan ku seorang lelaki yang jauh lebih baik dari 'dua syarat' yang telah aku tetapkan dalam diri ini untuk menerima seseorang yang bergelar suami pertama dan terakhir InsyaAllah. Sesungguhnya Engkau yang lebih Mengetahui apa yang hamba Mu perlukan..
p/s: Tak sabarnya nak tunggu akhi sampai malam ini..Wardah dah rindu. Bila akhi asrul dukung, dia sandar macamana selalu dia buat pada bahu abang. Sampai kak qina gelar suaminya 'bobo' menghilangkan rindu Wardah pada baba..(^_^)
Seronoknya akak..bila nk mlawat kami di sini =)
ReplyDelete