26 September 2009 - 7 Syawal 1430

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 19, 2012

Antara impian dan kenyataan..


"InsyaAllah, by the age of 35 abang mesti dah siap dan bersedia untuk pergi ke Palestin, tolong doakan abang". Cetus suamiku suatu pagi.

"InsyaAllah.." saya menjawab. Saya renung matanya. Saya menahan satu perasaan yang tak dapat saya tafsirkan. Saya tahu mana-mana pemuda islam yang ditarbiyyah, tak mungkin menyimpan hasrat menjenguk Palestin kemudian bercita-cita untuk pulang. Pasti impian untuk syahid yang memenuhi ruang hati. Cuma Allah yang menentukan bagaimana kesudahannya, samada diberi peluang pulang meneruskan kerja dakwah di sini, atau dijemput Allah dengan kesudahan hidup yg paling mulia, mati syahid.

Seolah-olah memahami hati isterinya, suami saya menyambung kata-kata.
"Kalau bukan syahid pun kita akan mati juga..mati tua, mati sakit..muda pun boleh mati. Kita sendiri tak tau bila kita akan mati. Mati, tapi belum tentu masuk syurga.."

Saya teruskan melutut di kakinya, menggenggam jari-jarinya. Dia juga begitu. Membalas genggaman tangan isterinya. Malah lebih erat lagi.

"Jadi mati cara bagaimana yang lebih baik dari mati syahid. Mati dipandangan manusia, tetapi tetap hidup di sisi Allah, jasad digantikan dengan burung2 hijau berterbangan bebas disyurga. Ke syurga tanpa hisab. Malah dapat memberi syafaat kepada ahli keluarganya. Rasulullah pesan, barangsiapa yang ikhlas bercita-cita bertekad untuk syahid, akan dikurniakan syahid, biarpun mati di pembaringan.."

Hati saya makin tenang. Makin kuat. Saya mengakui, sebagai isteri, membayangkan situasi sebenar membuatkan rasa sedih sedikit bertamu di hati. Tetapi setelah dijelaskan oleh suami, rasa syukur pula yang membungai hati, dihadiahkan suami yang menyedari jalan ke syurga tak semudah yang disangka.

Torture oleh israel

Saya teringat cerita suami saya, setelah dia dan sahabat-sahabatnya selesai mengendalikan Karnival Jalinan Kasih yang mereka anjurkan di tempat kami tinggal. Tengahari itu, program Untukmu Gaza, ceramah disampaikan oleh Dr. Syed Haleem, salah seorang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa Mavi Marmara, kapal bantuan kemanusiaan ke Palestin yang diserang oleh tentera Israel menyebabkan beberapa aktivis muslim terbunuh. Dan malam itu mereka baru saja selesai slot terakhir Jalinan kasih, iaitu forum, juga menjemput Dr. Syed Haleem dan Imam Muda Miril sebagai panel. Selesai saja program, masa jamuan ringan bagi meraikan panel, mereka menggunakan masa sebaik-baiknya untuk berbincang dgn Dr. Syed. Sedikit mengenai ummah.

Hari sudah lewat apabila suami saya pulang, dan saya seperti biasa, setia menunggunya pulang. Sebelum tidur kami berbual.

"Sayang tahu tak, tadi kami sempat bersembang dgn Dr. Syed Haleem. Kami minta dia cerita sendiri apa perasaan dia setelah ke Palestin, dan apa harapan dia.."

Suami saya tak menceritakan isi yang disampaikan oleh dr. Kemudian dia menyambung.

"Kemudian abang dan sahabat2 meluahkan hasrat dan target umur untuk bersedia ke Palestin, sekiranya berpeluang. Dr. beri semangat mendoakan mudah2an tercapai.."

Saya medengar penuh khusyu' apa yang cuba disampaikan.

"Tapi Dr. bagitau, sebelum ke sana kita mesti bersedia. fizikal, mental, emosi dan iman. Sebab di sana tentera zionis israel akan torture kita habis2 habisan. Terutamanya apabila berada dipenjara, dan dr. Syed Haleem dan sahabat seperjuangannya sendiri sudah merasa berada di penjara tentera zionis beberapa hari sebelum dibebaskan dan disuruh pulang ke Malaysia."

Suami saya menerusnya ceritanya.

"Abang dan sahabat2 bayangkan 'torture' yang dimaksud ialah senjata api, seksaan fizikal oleh israel dan ugutan-ugutan keras. Sayang nak tahu apa jawab dr.?

Saya mengangguk laju. "Dr. dengan cepat menjawab: Oh, kalau yang itu memang kita nak sangat..torture dengan senjata tu ok lagi, sebab kita memang sebelum pergi ke palestin dah bersedia jika meghadapi senjata dan memang mengharapkan yang 'itu'.. kalau kena tembak mmg syukur sangat la, kita mmg sgt mengharapkan Allah beri peluang untuk syahid. Tapi diorang ni, disamping torture dengan senjata, pemuda-pemuda Islam ditorture dengan diberikan wanita-wanita untuk tujuan menggoda, disogokkan dengan wang dan kemewahan, dan bentuk-bentuk torture yang sepertinya.."

"Sayang tahu, abang dan sahabat2 betul-betul terkedu. Santai saja jawapannya, tapi apa yang dah tertanam dalam hati Dr. Syed sangat jauh meninggalkan kita."

"Jadi sekarang abang mula faham, hanya orang-orang terpilih sahaja yang dapat ke sana, dikurniakan kekuatan hati dan iman, seterusnya dikurniakan syahid."

"Jadi, insyaAllah, sebelum umur 35 ini, tempoh abang untuk bersedia. Tingkatkan amal memperbaiki diri dan keluarga, dan memburu cita-cita, merebut peluang yang ada. Sayang please doakan abang.."

Saya mengangguk. Saya senyum. Saya peluk dia, dan air mata saya bergenang, mohon kekuatan hati dari Allah.

Cerita seorang wanita Palestin..

Saya teringat, suatu malam di hujung minggu, perjumpaan mingguan usrah kami merancang untuk mengadakan qiamullail bersama. Seperti biasa, venue kami adalah di rumah Prof. Dr. A.I..(Prof. tinggal di Perak sekarang ini, tetapi banglonya di sini di'waqaf'kan sementara untuk kami melakukan aktiviti bersama. Terima kasih prof.)

Dan kami, ibu-ibu dan para sahibah ada bilik khas dan dibenar berqiamullail sendiri. Dan para bapa dan sahabat-sahabat hanya tidur di ruang tamu.

Saya sebilik dengan Kak Amira, bersama anak-anak kecil kami, Marwa dan Ibrahim.

Kami memanfaatkan masa yang berharga itu dengan membincangkan banyak perkara, kebanyakannya berkisar tentang wanita dan keluarga. Saling menguatkan antara satu sama lain, bertukar-tukar pendapat. Maklumlah, jarang kami berpeluang bermalam bersama. Biasanya datang untuk perjumpaan am, kemudian masing-masing pulang pada malam itu juga.

Kak Amira menceritakan pengalamannya ketika menjadi pensyarah di Matrikulasi UIA Kampus Nilai, beliau berpeluang menjadi penterjemah ketika seorang wanita Palestin dijemput untuk berkongsi pengalamannnya berkaitan kehidupannya membesarkan anaknya. Dan beliau membawa bersama anaknya yang masih kecil ke program itu..

Secara ringkas Kak Amira menyampaikan apa yang diceritakan oleh wanita Palestin itu.

"Wanita palestin tu cerita, suaminya dah lama meminta dia mendoakan supaya suaminya dikurniakan syahid. Tetapi, sebagai isteri, walaupun yakin dan teringin melihat suami dikurniakan syahid, tetapi untuk mendoakan suami mati, tetap dirasakan berat dan sayu hati.."

"Sehinggalah suatu hari, suaminya merayu supaya isterinya mendoakannya dikurniakan syahid di jalan Allah. Akhirnya, wanita tersebut akur, dalam linangan air mata kekuatan, didoakan juga agar suaminya menjadi salah seorang insan pilihan Allah untuk merasai mati sebagai syuhada'..dan seperti biasa suaminya menjalankan kehidupan harian sebagai penegak kalimah Allah.."

"Suatu pagi, setelah menyiapkan makanan untuk suami dan anak-anak, dia terdengar ketukan kuat di muka pintu. Dan ketika itu juga terdetik di hatinya merasakan ajal suaminya hampir tiba, dan beberapa saat kemudian dia terdengar bunyi tembakan di ruang tamu..dan Allah mengizinkan, suaminya gugur di situ.."

Kak Mira menyambung..

"Tapi anti nak tau, tak nampak kesedihan di wajah wanita itu. Malah anak-anak juga ceria seperti biasa. Rupa-rupanya menurut wanita itu, dia membesarkan anak-anaknya tanpa merasakan ayah mereka sudah tiada. Setiap hari dia menyebut-nyebut bahawa ayah mereka memerhati apa yang mereka lakukan. Sekiranya anak-anak beliau berbuat nakal, ibunya akan mengatakan bahawa ayah mereka pasti marah sekiranya mereka berkelakuan sedemikian.,."

Subhanallah..saya terkedu mendengarnya..

Saya terkenangkan..sekiranya saya, wanita-wanita, para isteri, hidup di dunia seperti biasa, sangat senang dan tenang, melalui kehidupan harian dengan mudah, cukup makan pakai, tiada sumbangan dalam membina masyarakat yang lebih baik, malah, lebih jauh lagi, tanpa langsung memikirkan tentang sukarnya hidup para sahabat dan sahabiah di zaman Rasulullah untuk medapatkan syurga..di manakah saya? berapakah jarak syurga dari kita?

Doaku buat suami..

Dan perkongsian saya bersama Kak Mira saya ceritakan pula pada suami..

"Sayang pun mesti mendoakan abang.." Ujar suami saya..

"InsyaAllah, abang..mudah-mudahan abang tergolong dikalangan syuhada' fi sabilillah.." Saya menjawab.

Suami saya menyambung..

"Tapi bukan mudah..buat masa ni, sayang kena bersedia melepaskan abg untuk gerak kerja islam, turun bersama masyarakat..Tak mungkin Allah pilih abang dengan hanya berdoa di rumah, menghabiskan banyak masa bersenang-lenang bersama keluarga, beribadah mengutip pahala untuk diri sendiri, tanpa kita diuji dgn masa dan tenaga untuk islam.."

"Sayang jadi isteri yang kuat, pergi ke tempat kerja niatkan ibadah, jauhi mengumpat, redha dengan suami, jadi tulang belakang abang dlm kerja-kerja abang..InsyaAllah, abang doakan syurga untukmu.."

"Terima kasih abang, Sayang doakan abang mati syahid di jalan Allah, jangan lupa jemput sayang dan anak-anak nanti, sayang nak jd isteri abang di syurga, hidup bahagia lagi di sana, lamanya bahagia.."

...Ya Allah, ikhlaskan hati kami..perkenankan doa kami..pilihlah kami, dan semua orang mukmin yang cintakan kebaikan, agar tidak sempat merasai azab seksa api neraka MU...

Sunday, January 15, 2012

Dengarlah suamiku..

Hmm..saya tak tau macamana nak luahkan perasaan ni..kadang2 saya rasa macam nak mengalir air mata memikirkannya. Dan ada masanya air mata ni tumpah juga..


Minggu ni saya berhujung minggu bersama wardah sahaja. Akhi balik pada petang Jumaat berseorangan ke KL. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Saya memang bercadang nak tinggal saja di rumah memandangkan ia lebih baik untuk berjimat. Maklumlah hanya dua hari saja di sana.


Seperti kebiasaannya, kami di Kuching akan ber'usrah' setiap Sabtu malam di rumah Prof. Dr. Sulaiman atau Prof. Dr. Awang Iskandar. Jadi pada minggu ni saya dan wardah ke sana bersama Akhi Asrul dan Kak Dr. Syaqina..


Usrah baru saja selesai dan kami sedang menikmati juadah yang makcik hidangkan ketika akhi menghubungi saya. Dia meminta saya mengecam suara bayi yang ada bersama dengannya ketika itu. Dan saya tahu itu adalah suara comel Ammar Fahmi, anak abang saya. Subhanallah, rupanya dalam penat2 akhi berurusan di KL, akhi pulang juga ke rumah ibu ayah saya di Johor. Dia mengatakan ingin menjenguk ayah yang baru saja keluar wad disebabkan keracunan makanan. Saya sangat terkejut dan terharu. Dan saya tak tahu ini sudah keberapa kali saya berperasaan begitu..


Maha suci Allah yang telah menghadiahkan saya seorang suami yang begitu menghargai ibu ayah saya..sama seperti beliau menghargai umi dan abi nya..


Saya teringat pernah satu ketika, ibu saya diserang asthma dan terpaksa ditahan sementara di wad. Kami yang ketika itu sudahpun tinggal di Kuching dah tak keruan. Walaupun itu memang penyakit yang ibu hadapi sejak saya kecil, itu bukan perkara biasa bagi saya. Saya dapat rasakan kadang2 semput ibu datang sebab bercampur dengan rindu pada anak2. Rasa sedih dan waktu tu juga nak beli tiket flight nak balik Johor, kebetulan di hujung minggu. Dan ibu sangat gembira mendengar kami nak balik. Tapi akhi tak dapat pulang bersama saya kerana beliau telah dijadualkan utk memberi sedikit talk di suatu program yang telah dirancang awal2 lagi. Beliau meminta saya pulang dulu bersama Wardah, dan berjanji untuk pulang keesokan harinya setelah selesai slot ceramah beliau.


Sesampainya saya di airport Johor Bahru, saya maklumkan pada akhi. Ibu yang kebetulan sudah dibenarkan keluar dari wad nak ikut juga ayah ambil saya di airport. Akhi meminta untuk bercakap dengan ibu melalui telefon. Mungkin untuk bertanya khabar.


Saya lihat ibu beberapa kali ketawa ketika bercakap dengan akhi. Apa la agaknya lawak yang akhi buat. Saya pun tersenyum. Seronok saya lihat ibu sihat. Selesai bersembang dengan menantunya, ibu bercerita apa yang membuatkannya ketawa geli hati.


"Abang ngah tanya ibu, dah sampai ke dua2 ubat semput yang dia poskan dari Kuching.."


Rupanya saya dan Wardah la dua ubat semput itu..


Saya masih ingat gelaran itu dan sangat terkesan dengannya. Walaupun itu suatu lawak yang akhi buat, tapi ia sentiasa berjaya membuatkan air mata saya mengalir setiap kali terkenangkannya..dan mungkin akhi sendiri tak tahu yang kata2nya begitu meninggalkan kesan di hati isteri kesayangannya hingga sekarang dan insyaAllah sampai bila2..


Akhi suami yang baik, sangat baik untuk saya..saya tak tahu apa lagi balasan yang boleh saya beri melainkan dengan menjadi isteri yang solehah untuknya dan ibu terbaik buat anak2nya..


Terima kasih abang, kerana hadir dalam hidup ti..


Terima kasih ummi dan abi, kerana melahirkan dan menghadiahkan Abang ngah untuk ti..


Terima ibu ayah, kerana menjodohkan kakak dengan lelaki sebaik dan sehebat Abang ngah.


Dan Maha Suci Allah, kerana menghadiahkan ku seorang lelaki yang jauh lebih baik dari 'dua syarat' yang telah aku tetapkan dalam diri ini untuk menerima seseorang yang bergelar suami pertama dan terakhir InsyaAllah. Sesungguhnya Engkau yang lebih Mengetahui apa yang hamba Mu perlukan..


p/s: Tak sabarnya nak tunggu akhi sampai malam ini..Wardah dah rindu. Bila akhi asrul dukung, dia sandar macamana selalu dia buat pada bahu abang. Sampai kak qina gelar suaminya 'bobo' menghilangkan rindu Wardah pada baba..(^_^)