Hmm..nasih ulwan masih lagi dibuai mimpi..malam tadi menangis-nangis diberi ubat. Kesian sheh, dah seminggu dia demam..tetapi alhamdulillah, suhunya tak tinggi, dan dia masih lagi aktif..kami baru saja sampai di rumah ibu saya di Johor 2 hari lepas. Maklumlah, inilah yang ditunggu-tunggu kami dan anak-anak bila tiba cuti sekolah. Pulang ke rumah ibu ayah di Johor, dan rumah ummi dan abi di Kelantan.. Kami masih lagi menetap di Serian, Sarawak. Jika dikira-kira, hujung tahun 2014 ini, genaplah 5 tahun mastautin kami di Bumi Kenyalang. Inshaa Allah, jika diberi ruang masa dan kesempatan, dapatlah saya ceritakan serba sedikit pengalaman kami di tanah orang, menimba pengalaman hidup..inshaa Allah pada post akan datang..
Alhamdulillah, setiap kali cuti sekolah, setiap kali pulang ke semenanjung, kami sedaya upaya akan usahakan untuk menjenguk kedua-dua keluarga..inshaa Allah, dan setakat ini, syukur, syukur, syukur.. kami dapat pulang setiap musim cuti persekolahan dan membahagikan masa yang ada..
Syukur Ya Allah atas nikmat yang Kau kurniakan..kalaulah bukan kerana nikmat sihat dan kuat yang Kau beri, kalaulah bukan kerana nikmat pendapatan yang Kau beri, kalaulah bukan kerana nikmat kelapangan masa yang Kau beri, kalaulah bukan kerana nikmatnya menikmati KASIH SAYANG yang Kau beri..tak mungkin kami dapat melalui semua ini..
Cuti-cuti Kuala Lumpur
Teringat saya pada kali pertama pulang ke semenanjung lebih kurang 5 tahun yang lalu untuk menghadiri konvokesyen ijazah pertama kami pada cuti persekolahan bulan Mac. Itulah gaji pertama kami setelah bekerja selama 3 bulan tempoh percubaan, sebelum dilantik secara rasmi.
Syukurnya rasa..nikmat saat pertama menyentuh wang hasil titik peluh sendiri..atas tanggungjawab yang telahpun terpikul di atas bahu sendiri..
Sepertimana yang telah kami janji pada diri kami berdua..Tunggakan 3 bulan gaji itu kami peruntukkan buat keluarga tercinta. Tanda penghargaan buat ibu ayah dan ummi abi yang telah berkorban memberikan kami segala ilmu pengetahuan yang kami perlukan untuk masa hadapan yang sedang kami lalui ini.. Itulah percutian yang sangat bermakna bagi kami.. dapat menanggung segala kos untuk kedua-dua belah keluarga selama seminggu di Kuala Lumpur untuk menghadiri konvokesyen anak-anak mereka ini sambil bercuti dengan gaji pertama kami..suatu kepuasan yang tak dapat diganti..Alhamdulillah..
Gaji pertama..
Rezeki bukan terletak pada wang dan harta semata-mata. Hakikatnya rezeki kita boleh datang dalam pelbagai cara. Dicukupkan keperluan itu rezeki. Gembira dan bahagia itu rezeki. Dan sejujurnya itu merupakan cuti yang paling memggembirakan dan membahagiakan walaupun tunggakan gaji yang bertimbun hampir licin..licin yang sudah dirancang sejak awal lagi..
Cuti bulan madu kami bersama bayi yang baru saja berusia 2 bulan dalam kandungan, cuti tanda penghargaan buat kedua ibu bapa kami, dan cuti untuk menggembirakan adik-adik saya setelah saya mula masuk ke dalam alam pekerjaan. Dan sehingga sekarang saya masih tak dapat menyembunyikan rasa syukur setiap kali mengenangkan kemana gaji pertama kami dibelanjakan, kerana kami berkongsi pemikiran yang sama..gaji pertama mempunyai sentimental value tersendiri yang pastinya tak ada pada gaji-gaji seterusnya. Ia memberi makna tamatnya secara 'rasmi' beban kewangan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa untuk membiayai segala kos pembelajaran, sejak lahir sehingga tamat pengajian. Dan selayaknya kegembiraan memegang gaji pertama itu dikongsi dan dihadiahkan untuk ibu bapa, walaupun hakikatnya mereka tak pernah meminta dan itu tak pernah dapat membalas jasa mereka..Alhamdulillah atas segalanya..
Pesanan buat diri..
..teruskan berbakti pada ibubapa..teruskan berkasih sayang dengan adik beradik dan saudara mara..merekalah talian hayat yang Allah sediakan buat kita dimuka bumi yang sementara ini..senang kita, merekalah yang tumpang gembira..susah kita, merekalah yang pertama datang membantu.. dan syukurlah atas apa yang ada..Kegembiraan ketika memberi itu suatu tanda syukur..ada sedikit, kongsikan yang sedikit..ada banyak, kongsikan banyak..inshaaAllah, mudah-mudahan diberikan keberkatan atas apa yang kita kongsikan..Wallahu A'lam..